About Me

My photo


She writes simply to put her thoughts together.
Sometimes they're well-structured, sometimes they're in absolute mess.
But always, they're personal.

Ultimately, this is all for Him.

Sunday 10 January 2016

Membatasi Norma

Harini hari last cuti Krismas. hahah. haha. ha.

Sebelum diri ini kembali masuk ke medan pertarungan untuk 10 minggu yang akan datang, rasa macam rugi kalau tak share langsung apa yang saya dapat sepanjang cuti. Dalam misi mengurangkan menangkis penyakit depresi, menyerah, dan malas, saya cubalah bercerita.

Tak ada buat apa sangat pun cuti 4 minggu ni. Pertama, sebab ade report (8 muka surat!) nak kena buat. Kedua, 10 minggu semester lepas memang terlampau memenatkan. Maka.....
4 minggu = 1 minggu berehat + (kurang dari) 1 minggu pergi Perhimpunan Musim Sejuk PMS + 2 minggu buat report
Saje bagi timeframe lama-lama. Sekurang-kurangnya boleh bagi ruang untuk bermalas-malasan, tidur bila-bila suka, dan stalk semua instagram orang (eh). Almaklumlah, anak dara pingitan memang jenis tak keluar rumah. hihi.

Memanglah. Kalau tengok equation kat atas tu, yang menarik tu cuma yang pergi PMS tulah. PMS tahun ni dibuat di tempat yang mashaAllah cantik sangat. Tapi tak bestlah nak cerita semua yang berlaku kat situ. Nak tahu, kenalah pergi sendiri. hehe. Tapi naklah share satu highlight dari program tu. Satu game yang kitorang main :D

Waktu explorace di luar dan kami bermain dengan girang bagai anak kecil, ada satu checkpoint ni, kami diminta basuh kain. Lols. Perempuan sangat kan game nya. Setiap kumpulan diberi satu kain putih yg berlumuran lumpur yang hitam pekat. Task yang kitorang kena buat waktu tu ialah, setiap seorang dalam kumpulan diberi masa 10 saat, gilir-gilir sental kain tepi sungai. Kumpulan yang paling bersih, kumpulan tu lah yang menang.

Simple je.



Tapi game simple cengginilah yang sebenarnya banyak sangat isi.

1.
Kitorang kena seberang sungai untuk menunggu giliran. Pemain-pemain setiap pusingan diposisikan di atas batu panjang yang menghubungkan dua tebing sungai tersebut. Dia punya cabaran tu takyah ceritalah. Tempat menunggu tu banyak pokok berduri. Baju asyik tersangkut, jari pun senang tertusuk. Batu yang kami duduk menyental tu bukannya stabil sangat pun. Licin pulak tu. Waktu nak menyental tu pulak, air sungai deras sangat, sampai ada satu kain tu terhanyut sewaktu dibilas. Kalau tak sebab kitorang nak buat task yang suruh kitorang bersihkan kain guna air kat sungai tu (kalau tak buat tak dapat markah oih), memang takde maknanya kitorang nak mengharungi semua tu.

Tapi tulah kan. Usaha pembersihan tu, memang takkan pernah lekang daripada dugaan. Apatah lagi pembersihan hati. Kalau tak sebab kita nak dekatkan diri dengan Tuhan, mungkin takdelah kot rasa nak redah segala susah payah untuk bersihkan jiwa tu.

2.
Kain tu sumpah hitam sangat. Waktu orang pertama nak bersihkan kain tu, mestilah, benda pertama dia buat ialah mencelup kain tu pada air sungai yang mengalir tu. Tambah dengan kederasan sungai tu, cepat sikitlah pembilasan dapat dibuat. Lepastu sental lah. Orang-orang yang seterusnya meneruskan proses yang sama. Sental dan bilas. Sampai kain yang hitam legam tadi tu mula menampakkan rupanya yang serba putih tu. Tapi bila dah nak sampai hujung-hujung tu, kain tu macam dah takmau bersih lagi dah. Yang tinggal hanya kotoran degil yang mungkin hanya boleh dibasuh dengan serbuk pencuci. Saya jadi orang terakhir dalam kumpulan saya. Memandangkan segala harapan teman seperjuangan diletakkan atas bahu saya, saya tahu saya perlu buat dengan sehabis baik. Sebelum jam dimulakan, saya menganalisa kain milik kumpulan kami. Bahagian mana yang dah bersih, bahagian mana yang masih ada daki lumpur. Saat wisel dibunyikan, saya menyental kawasan yang tersisa kehitamannya. Mula dengan yang paling obvious, lepastu yang kurang hitamnya, lepastu yang kelabu sikit. Sental punya sental, sewaktu masa dah nak habis saya mencelup kain tersebut buat kali terakhir dan membentangnya di atas batu. Puas. Rasanya kumpulan kami yang menang pertandingan tu. hehe.

Samalah juga prosesnya dengan pembersihan hati kita. Hitam legam macam mana pun keadaan dia, boleh je nak rescue dan kembalikan kepada fitrah dia yang putih tu. Tapi kena pandailah. Mula-mula kita kena "celup" kan dulu hati tu dalam "air" yang mengalir. Ha cemana tu. K. Kita tengok quran kata apa eh.

"Celupan Allah. Dan siapa lagi yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan kami adalah hambaNya." (2:138)

Manual hidup kita dah bagitahu dah. Celupan Allah tu yang paling baik. Ye memang bahasa arabnya perkataan "sibghah" tu kalau translate Melayu jadi "celupan". Nak spesifik lagi, maksudnya celupan yang memberi warna, yang mengubah. Jadinya tulah. Benda pertama yang perlu dibuat untuk bersihkan hati yang kotor tu, kenalah mencelupkan diri kita dalam celupan Allah tu. Nescaya banyak kekotoran hati yang tertanggal.

Pastu masuk fasa kedua pulak. Menyental. Kotoran yang melekat dekat hati memerlukan effort sikit untuk ditanggalkan. Itu yang perlu penyentalan tu. Awal-awal pembersihan tu, sentalan biasa-biasa pun dah ok. Tapi makin dibersihkan hati tu, makin susah nak tanggalkan sisa-sisa kotoran yang ada. Kalau sental kain boleh sampai sakit tangan, sental hati mestilah sakit jiwa dan raga. Tapi efek selepas tu kain bersih. Tak ke puas segala perih jerih kita tu, bila hasilnya hati yang lebih bersih :)

Seterusnya, bila hati tu dah tak bergelumang dalam kekotoran dah. Bila macam penghujung kain tu, kebanyakannya putih daripada hitam. Kalau kita betul nak bersihkan hati kita sampai putih seputih-putihnya, kita kenalah analyse hati kita selalu. Perkataan standard nya, muhasabah. Tengok mana lagi yang berbekas hitam, walaupun sikit. Macam mana nak "menang" kan kalau kita takat puas dengan kerja-kerja pembersihan yang kita dah buat sebelum ni, walhal hati tu tak sehabisnya bersih pun.

3.
"Eh, jangan letak kat batu sebelah kanan tu. Batu kanan tu kotor. Nanti kain tu kotor balik."

By default kita tahu je dalam usaha kita nak membersihkan tu, kita kena singkirkan semua sumber kekotoran. Paling kurang pun, menjauhkan diri. Susah kot nak menyental kasi putih kalau kita sental atas batu yang akan menambahkan lagi kehitaman.

Dah tu, macam mana kita boleh berangan nak dapat hati yang bersih kalau kita tak sekurang-kurangnya jauhkan hati kita dari sumber kekotoran tu.


**********

Tamparan hebatlah juga kena waktu tu. Ingatkan benda ni common sense je.

Kadang,
Kita ingat kita dah boleh jangka apa yang akan jadi,
Sampai kita lupa untuk serah urusan kita kepada kekuasaan Allah.
Iye. Tawakal.

Kadang,
Kita rasa matlamat kita mudah je,
Padahal perjalanan yang nak menyampaikan matlamat tulah yang sebenarnya Allah nak tengok dari kita.
Dah cemana lagi nak tahu kita beriman kalau tak diuji.

Entahlah.
Hakikatnya kekuatan untuk terus menyental tu datang dari Dia yang kita nak tuju tu juga.